Monday, September 21, 2015

Bab 5 : STRATEGI KESANTUNAN

5.1 Strategi Kesantunan Verbal
·       -  Kesantunan Verbal – kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis.
·        - Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila.
·        - Kesantunan bahasa dapat dilihat daripada penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat yang betul dan sesuai.
·        - Dalam Bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan atau kemuliaan kepada seseorang.
·      -   Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan verbal dalam kehidupan masyarakat Malaysia :
a.    Strategi toleransi
b.    Strategi bertimbang rasa
c.    Strategi memberi salam
d.    Strategi bersopan santun
e.    Strategi ramah mesra
f.     Strategi berterima kasih
5.2 Strategi Kesantunan Nonverbal
·         -Kesantunan Nonverbal merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan.
·         -Kesantunan Nonverbal mampu menggambarkan personality, tujuan dan status sosial seseorang individu.
·         -Komunikatif lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan dan maksud yang disampaikan lebih jelas.
·         -Dalam interaksi keluarga dalam masyarakat Melayu, interaksi tidak selalu bergantung kepada pemilihan perkataan dan struktur ayat.
·         -Ucapan meminta izin boleh digantikan dengan perlakuan bukan verbal, antaranya menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit ketika lalu sambil meluruskan tangan kanan ke bawah.
·         -Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan nonverbal dalam kehidupan masyarakat Malaysia :
a.    Strategi toleransi
b.    Strategi bertimbang rasa
c.    Strategi memberi salam
d.    Strategi bersopan santun
e.    Strategi merendah diri
f.     Strategi berterima kasih
5.3 Strategi Kesantunan Lisan
·         -Konsep air muka bermaksud imej diri dan penutur di tempat awam.
·         Bahasa atau tindakan yang mengancam kehormatan orang lain haruslah dihindari.
·         Strategi berinteraksi mengutamakan air muka positif dan negatif.
Empat Strategi Kesantunan Lisan Brown & Levinson
      i.        -Strategi Langsung – melakukan FTA ( perilaku bahasa yang mengancam air muka ) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas.
    ii.       - Strategi Kesantunan Negatif / Formal – Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
   iii.        -Strategi Kesantunan Positif / Keakraban – Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
   iv.      -  Strategi tidak Langsung – Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsirkan tuturannya.
·        - Strategi kesantunan yang digunakan oleh orang Melayu semasa berinteraksi :
Ø  Strategi ikhlas
Ø  Strategi merendah diri
Ø  Strategi maaf
Ø  Strategi penyelesaian
Ø  Strategi berterima kasih
Ø  Strategi menyapa / menegur
5.4 Strategi Kesantunan Penulisan
·         Menurut Brown & Levinson, strategi kesantunan penulisan melibatkan :
ü  Membuat andaian bahawa setiap individu mempunyai air muka dan menyedari bahawa individu yang lain mempunyai air muka.
ü  Air muka terbahagi kepada air muka positif dan negatif.
Empat Strategi Kesantunan Penulisan Brown & Levinson
1)    Strategi Langsung – Melakukan FTA untuk menyatakan sesuatu dengan jelas.
2)    Strategi Kesantunan Negatif / Formal – Penutur menjaga air muka negative lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
3)    Strategi Kesantunan Positif / Keakraban – Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
4)    Strategi tidak langsung – penutur melakukan FTA secara tidak lansung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
Contoh- contoh Strategi Kesantunan Penulisan Yang Digunakan Dalam Artikel :
1.    Memperkenalkan tokoh-tokoh ternama yang menyampaikan pandangan mereka terhadap tajuk, iaitu Budi Bahasa Yang Semakin Terhakis.
2.    Penulisan mematuhi hukum tatabahasa.
3.    Kritikan disampaikan dengan sifat sederhana tetapi berkesan.
4.    Tiada bahasa kasar atau bahasa pasar digunakan.
5.    Penulisan secara formal dan sesuai dengan format penulisan.
6.    Memberi nasihat dan cadangan kepada pembaca dan masyarakat secara bersopan.
7.    Penulisan yang jelas dan mudah difahami.
8.    Penulis ikhlas dalam menyampaikan idea sendiri.




No comments:

Post a Comment