Saturday, September 12, 2015

Bab 4: PERATURAN BERBAHASA

4.1 Jenis-Jenis Peraturan Bahasa
Santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu. (Asmah Haji Omar, 2002). Ia dibahagikan kepada 2 jenis:
         i.            Peraturan linguistik
·          Berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.
·         Sebuta, intonasi dan tatabahasa
·         Penggunaan tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya mestilah dipatuhi dalm komunikasi bertulis.
·         Penggunaan kata ganti diri yang tepat dalam komunkasi lisan.
·         Intonasi percakapan haruslah sesuai dengan keadaan.
·         Sebutan perkataan hendaklah jelas dan tepat serta halus untuk menjelaskan mesej.
       ii.            Peraturan sosiolinguisik
·         Terbahagi kepada 2 bentuk iaitu hubungan sosial pembicara dan pendengar(konteks lisan) serta hubungan antara penulis dengan pembaca(konteks tulisan).
·         Merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan orang lain.
·         Pengunaan kata sapaan yang betul.
·         Pengunaan gelaran seperti Tun, Tan Sri, Dato’ dan lain-lain serta pengunaan panggilan hormat seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berbahagia dan lain-lain diberikan perhatian sebagai unsur kesantunan bahasa.
·         Kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.
      iii.            Peraturan pragmatik
·         Dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan dan berkesan.
·         Penggunaan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap yang baik; penggunaan bahasa yang kasar menunjukkan perasaan marah dan tidak puas hati seseorang.
·         Aspek yang perlu dipatuhi termasuk pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan bicara.


4.2 Jarak sosial
Ø  Jarak sosal adalah keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain.
Ø  Pelapisan sosial merupakan perbezaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara hiraki.
Ø  Jarak sosial dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya.
Ø  Jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang wujud antara individu dengan individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.
Ø  Perkataan, sebutan atau intonasi berbeza mengikut status dan hubungan.
Ø  Faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah keakraban, perbezaan status, usia, jatina, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnik.

4.3 Konteks Percakapan
·         Wacana menggunakan pendekatan pragmatik untuk memahami pemakaian bahasa.
·         Penutur, pokok percakapan, tempat bicara yang mendukung sesuatu wacana.
·         Komponen-komponen tutur dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
1.       Penutur dan Pendengar- mengetahui latar belakang pada suatu situasi akan memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya.
2.       Topik Pembicaraan-memudahkan pendengar memahami isi wacana
3.       Latar Peristiwa-tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar atau semua hal yang melatari terjadinya peristiwa percakapan.
4.       Penghubung-medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan
5.       Laras bahasa-penutur dan pendengar harus dapat memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan.
6.       Bentuk pesanan dan maklumat-bentuk pesan dan maklumat bersifat fundamental.
7.       Peristiwa percakapan- menentukan bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan.

4.4 Tujuan dan Matlamat
·         Tujuan dikaitkan dengan bentuk wacana iaitu sama ada wacana informatif, wacana khas
·         Berkait rapat dengan latar belakang khalayak
·         Tujuan percakapan perlu selari dengan kekhususan topik yang dibicarakan
·         Tujuan harus bertepatan dengan suasana keadaan seperti tempat berlangsungnya komunikasi
·         Menilai perkara yang hendak dikomunikasi sebelum bercakap.

4.5 Giliran bercakap
·         Mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan
·         Sekiranya hendak menyampuk perbualan orang-orang tua terlebih dahulu mestilah pastikan orang-orang tua telah habis bercakap.
·         Penerapan pola pengiliran dapat dilakukan dengan cara melemparkan pertanyaan.
·         Dalam suatu perbicaraan, pengembangan gagasan kepada pokok pembicaraan yang lain masih dianggap wajar jika tetap pada pokok persoalan yang sedang dibahaskan.
·         Pengalihan topik dapat dilakukan secara halus dan santun agar tidak mengganggu proses percakapan yang sedang berlangsung.
·         Pengalihan topik juga boleh berlaku dalam suatu diskusi bersifat formal
·         Perbezaan pendapat harus dihormati, didengar atau dititip secara santun.
·         Kita tidak seharusnya mengulang perkara yang sama berulang kali.
·         Pujian yang berlebihan akan menimbulkan salah tafsiran pada pihak penerima sehingga mewujudkan kebencian dan melunturkan kemesraan.

Aturan giliran bercakap dalam keluarga:
1.       Ahli keluarga yang tua dan berpengalaman, iaitu datuk atau nenek.
2.       Ibu atau bapa
3.       Kakak atau abang yang lebih besar
4.       Pihak yang paling kecil, khususnya adik.

Aturan giliran bercakap di sekolah :
1.       Pengetua
2.       Penolong kanan sekolah
3.       Ketua unit atau jabatan
4.       Para pensyarah atau guru
5.       Wakil pelajar iaitu pengawas sekolah
6.       Para pelajar

4.6   Memulakan dan mengakhiri percakapan
·         Bagi masyarakat melayu, percakapan yang santun mestilah dimulai dengan assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi, selamat petang
·         Cara yang paling efektif untuk membuka percakapan adalah dengan mengajukan pertanyaan
·         Untuk mengakhiri percakapan haruslah disudahkan dengan megucapkan terima kasih.

4.7   Pemilihan kata
·         Kesantunan berbahasa tercermin dalam tatacara berkomunikasi secara verbal.
·         Merujuk kepada kesesuaian unsur-unsur budaya semasa berkomunikasi.
·         Memikirkan apa yang sebaiknya dikatakan pada waktu dan keadaan tertentu.
·         Mempertimbangkan penggunaan jeda tertentu dan bagaimana mengatur kenyaringan suara ketika bercakap
·         Cara sapaan lisan perlu mengikut tertib yang tertentu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab
·         Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
·         Penggunaan bahasa halus perlu diberikan perhatian dalam aspek pemilihan kata.
·         Pemilihan kata dan ungkapan bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
·          Gelaran pergaulan bebas- ‘Cik’ digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin.

·         Gelaran warisan-contoh Raja bagi negeri Perak.

No comments:

Post a Comment