Tuesday, September 29, 2015

Bab 6 : ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

6.1 Isu Pendidikan
TAJUK : GURU DISIPLIN CEDERA DIBELASAH OLEH 10 ORANG PELAJAR
Alor Setar : Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunung, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku.
Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah. Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.
Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan oleh kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan. Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.
‘Saya tak pasti sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat,’ kata sumber berkenaan. Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangs tidak berjaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
6.2 Isu Media
Baik Buruk Televisyen

·       -  Televisyen merupakan satu medium utama komunikasi di dalam sebuah negara.
·       -  Televisyen merupakan alat penyampai maklumat yang berkesan dan pengaruh televisyen itu sendiri berupaya mempengaruhi cara seseorang individu itu berfikir.
·       -  Televisyen menjadikan alat propaganda menyampaikan dakyah-dakyah sama ada positif mahupun negatif.
·        - Televisyen dapat menayang, memaparkan rancangan-rancangan, gambar, iklan, tulisan, grafik dan maklumat visual yang memenuhi citra tempatan dan tidak membelakangkan budaya luhur.
·       -  Menyedari televisyen dengan pengisian programnya yang sarat mengandungi kedua-dua nilai kemanfaatan dan kemudaratan, maka hala tuju dan gerak kerja rancangan-rancangannya perlu dipantau dari semasa ke semasa.
·     -    Apa yang dihidangkan kepada umum bukan sekadar hiburan semata-mata malah turut mendidik masyarakat.
6.3 Isu Gejala Sosial
1.Gejala Ponteng Sekolah

Ø  Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah.
Ø  Menurut Laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan Bandar.
Definisi Ponteng Sekolah
Ø  Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah.
Ø  Seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan.
Ø  Ponteng merujuk kegagalan  menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang musnasabah.
Ø  Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.
Ø  Ponteng merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas.
Ø  Ponteng sekolah melibatkan para pelajar khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah.
Punca Gejala Ponteng Sekolah
 Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah – tidak mampu mengikuti pelajaran dengan sempurna.
 Mementingkan keseronokan daripada pelajaran – melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan taman-taman rekreasi.
 Tekanan Ekonomi – bekerja sambilan.
 Kurang perhatian, pemantauan atau kasih sayang daripada ibu bapa – ibu bapa sibuk dengan urusan harian.
 Pengaruh rakan sebaya – Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai musnasabah.
 Peraturan sekolah yang terlalu ketat – datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda dan dimarahi guru disebabkan kesalahan tersebut.
Kesan Ponteng Sekolah
Ø  Pembaziran masa dan tenaga – masa yang dibazirkan tidak akan dipulang atau dikembalikan.
Ø  Masyarakat memandang serong kepada pelajar- mereka memandang pelajar sebagai sampah masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat pada masa depan.
Ø  Masa Depan tidak terjamin- tidak dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.
Ø  Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar – tidak mencapai syarat wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85% dan tidak dapat menduduki peperiksaan.
Kesan Gejala Ponteng Sekolah Kepada Guru
Ø  Merasa kerugian – tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar lain kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah
Ø  Menganggu proses pembelajaran pelajar – terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal
Ø  Kelas terganggu oleh pelajar yang kerap ponteng sekolah – memburukkan pencapaian mata pelajaran.
Cara mengatasi masalah ponteng sekolah
1.    Pelajar diberikan motivasi kesedaran diri
2.    Ibu bapa memberi perhatian kepada persekolahan anak-anak
3.    Pihak sekolah sentiasa memantau kehadiran pelajar ke sekolah
4.    PIBG membantu sekolah
5.    Masyarakat prihatin terhadap isu ini
6.    Kempen dan ceramah dijalankan dan diberikan kepada pelajar
7.    Pihak sekolah membantu pihak sekolah
8.    Guru mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik

2. Penyalahgunaan Dadah

Ø  Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah oleh masyarakat yang bertentangan dengan tujuan iaitu sebagai perubatan atau rawatan.
Ø  Dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya terhadap kita sekiranya tidak disalahgunakan.
Ø  Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk memenuhi kepuasan diri sendiri.
Punca penyalahgunaan dadah
Ø  tertekan dengan masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan tempat kerja. - tekanan emosi berlaku secara  keterlaluan, seseorang itu akan mengalami tekanan dan kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan kenyataan tersebut
Ø  pengaruh rakan sebaya - mengikuti ajakan rakan-rakan sebaya tanpa membuat pertimbangan yang wajar termasuk menghisap dadah
Ø  Kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa – ibu bapa mementingkan kerjaya sehingga alpa akan tanggungjawab mendidik anak-anak.
Kesan penyalahgunaan dadah
Ø  Menjejaskan kebersihan dan kesihatan diri- kelihatan tidak bermaya, pucat dan kehilangan berat badan.
Ø  dijangkiti pelbagai penyakit - menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan penagih lain semasa menagih dadah.
Ø  melakukan  perbuatan atau jenayah - Mereka tidak dapat berfikir atau bertindak secara waras kerana ketidakstabilan emosi.
Ø  Menjejaskan prestasi pelajaran remaja- mudah keliru dan mendapat sakit otak.
Langkah penyelesaian
Ø  Peranan ibu bapa – mengambil berat tentang anak-anak dan tidak harus hanya mementingkan urusan kerja semata-mata.
Ø  Penguatkuasaan undang-undang – mengikut Akta Dadah Berbahaya 1995
Ø  Kempen anti dadah dijalankan
Ø  Peranan media massa- menyiarkan berita, drama, rancangan atau cerita yang boleh membawa keinsafan kepada remaja dan kesan negatif penyalahgunaan dadah terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara.
3. Isu Mat Rempit

Pengenalan
§  Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalan raya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat.
§  Aksi samseng jalanan yang berbahaya akan menyebabkan nyawa pengguna jalan raya lain berada dalam keadaan yang membimbangkan.
§  Aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ialah :
o   Wheelie- menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.
o   Wikang- menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.
o   Scorpion- menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.
o   Superman – menunggang laju sambil terbaring seperti aksi superhero, Superman sedang terbang
o   Pereng/ corner – bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.
Punca Gejala Mat Rempit
1)    Pengaruh rakan sebaya- Remaja terikut-ikut dengan perbuatan rakan-rakan mereka.
2)    Mengejar keseronokan- melepaskan diri sementara dari tekanan hidup.
3)    Kurang didikan agama- mudah terjebak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral.
4)    Desakan naluri- remaja suka mencuba dan tidak takut pada risiko yang bakal ditempuh.
5)    Cara hidup- remaja yang berpendidikan rendah lebih cenderung melibatkan diri dalam kancah lumba haram ini.
6)    Kurang kasih sayang ibu bapa- ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan mengabaikan anak-anak mereka
Kesan Gejala Mat Rempit
1.    Dari segi sosial
Ø  mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam.
Ø  Bunyi enjin motosikal yang kuat mengganggu penghuni-penghuni.
Ø  Berlaku kes-kes jenayah –golongan ini sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.
Ø  Pertaruhan anak-anak gadis sebagai hadiah dalam perlawanan haram.
Ø  Berlaku kes seperti pembuangan bayi, anak luar nikah dan pelbagai penyakit membunuh seperti AIDS.
2. Dari segi ekonomi
Ø  Terdesak untuk mendapatkan duit untuk pengubahsuaian dan membeli alat ganti motosikal, kos petrol serta wang pertaruhan.
Ø  Memeras ugut, meragut dan mencuri seterusnya merugikan ekonomi negara kita.
3.Dari segi politik
Ø  Bilangan masyarakat yang berkarisma dan berkepimpinan semakin berkurangan.
Ø  Tenaga kerja dan sumber manusia semakin sedikit.
Ø  Terpinggir dalam urusan kemodenan dan kemajuan di tanah air sendiri.
Langkah penyelesaian
Ø  Perhatian yang secukupnya-ibu bapa meluangkan masa dengan berbual dengan anak mereka dan mendengar luahan serta rintihan hati mereka.
Ø  Penguatkuasaan undang –undang- menambahkan hukuman kepada pesalah.
Ø  Motivasi dan kaunseling-memberi perhatian dan pengiktirafan kepada golongan remaja.
4. Isu Vandalisme

ü  Vandalisme ialah satu tingkah laku menconteng atau merosakkan harta benda awam atau persendirian.
Punca Vandalisme
·        - Pengaruh rakan sebaya- bagi kumpulan remaja yang tidak bermoral,  akan timbul idea untuk menconteng dan merosakkan harta benda di sekeliling mereka.
·      -   Kurangnya perhatian daripada institusi kekeluargaan- tidak menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri anak-anak sejak kecil.
Kesan Vandalisme
·         -Pemandangan di sekitar kawasan tercemar- dinding atau kemudahan diconteng dan dicacatkan.
·     -  Imej negara terjejas- pelancong asing melihat keburukan yang dipaparkan oleh rakyat.
Langkah penyelesaian
·       -  Ibu bapa memberi penekanan agama, kasih sayang, dorongan dan perhatian- Anak-anak akan merasa bahagia berada di samping keluarga yang harmoni.
·       -  Peranan organisasi kerajaan -menguatkuasakan dan memperketatkan undang-undang.
·         Peranan organisasi bukan kerajaan (NGO)- mengadakan kempen kesedaran
5. Isu Gangsterisme

·       -  Penglibatan gejala gangsterisme terbahagi kepada dua golongan iaitu delinkuen dan devian.
·        - Delinkuen-remaja yang bersekolah.
·        - Devian-golongan yang melanggar norma masyarakat setempat.
·         -Menurut Haslina Hassan (2000), beliau mengatakan delinkuen dan tindakan ganas remaja merupakan perlakuan yang diwariskan oleh golongan terdahulu dan aktivitinya di luar kawasan sekolah.
Faktor Gejala Gangsterisme
·     -    Peranan media massa – melalui filem aksi yang ditayangkan, majalah-majalah serta pendedahan terhadap gejala gangsterisme melalui televisyen.
·     -    Pergolakan keluarga-kemusnahan institusi keluarga
Langkah penyelesaian
·        - Rakan cop –melibatkan kerjasama daripada masyarakat.
·        - Pemilihan rakan – memilih rakan yang sesuai dijadikan teman
·        - Pemindaan Mahkamah Juana 1947-mengetatkan hukuman kepada pesalah di bawah umur
·        - Peranan masyarakat- mempunyai sikap prihatin dan mengambil tahu anak-anak jiran supaya anak-anak sentiasa merasakan mereka diperhatikan dan akan berwaspada untuk melakukan perkara yang tidak sihat berhampiran dengan tempat tinggal.
·         -Peranan ibu bapa- memberi pendidikan agama yang cukup serta menyedarkan anak-anak tentang bahaya terlibat dalam gejala tidak sihat demi masa depan mereka sendiri.
6. Pembuangan bayi

Pendahuluan:
Ø  Saban hari pelbagai berita berkaitan dengan pembuangan bayi dilaporkan dan bayi tersebut dijumpai di merata-rata tempat.
Ø  Untuk menyembunyi perbuatan tersebut, mereka sanggup membuang bayi yang tidak berdosa dengan harapan akan diberi peluang menjalani kehidupan.
Ø  Gejala ini dapat ditangkis sekiranya wujudnya kesedaran dan rasa tanggungjawab masyarakat dengan mengambil tahu dan cuba membanterasnya serta melahirkan sifat penyayang.
Faktor-faktor
ü  Kurangnya didikan agama dalam diri remaja –mudah terpengaruh untuk melakukan gejala yang tidak sihat.
ü  Keruntuhan institusi keluarga dalam sesebuah masyarakat- sibuk dengan pembangunan dan mengejar kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar mereka dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.
ü  Peranan masyarakat-memandang hina orang yang melakukan dosa seperti berzina, buang bayi dan sebagainya.
Ciri-ciri remaja yang terlibat dalam gejala ini
§  -Kecelaruan identiti remaja- keluarga tidak membentuk watak anak-anak mereka.
§  -Tahu agama tetapi memilih jalan yang tersasar.
§ - Mempunyai pendidikan tetapi memilih jalan yang menyeleweng.
Kesan-kesan
§ - Bayi yang dibuang berasa sedih dan kecewa terhadap ibu bapanya yang tidak berhati perut dan tidak mengenali ibu bapa kandung dia apabila dia dewasa.
§  -Maruah keluarga terjejas- dipandang hina oleh masyarakat
§  -Masyarakat  setempat dikuntuk- menimbulkan persepsi buruk dari orang luar tentang sikapn masyarakat setempat ini.
§-  Imej negara terjejas – kehilangan pelabur datang melabur di negara kita.
Kesimpulan
Ø  Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam menangani gejala ini dan tidak hanya berdiam diri serta menyalahkan mana-mana pihak.
Ø  Kita sebagai masyarakat seharusnya prihatin untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani masalah ini.
Ø  Remaja hari ini seharusnya sedar akan kesilapan mereka dan berfikir secara waras sebelum melakukan sesuatu agar tidak menyesal di kemudian hari.
6.4 Isu Teknologi maklumat dan komunikasi

Definisi
·        - Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT ( Information and Communication Technology)merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.
·         -Teknologi Maklumat ( Information Technology) atau IT dan Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT ( Information and Communication Technology) diperlukan untuk pemprosesan data.
·         -Teknologi maklumat ialah satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.
-Teknologi maklumat digunakan untuk mengumpul maklumat, ·         memanipulasikan maklumat dan proses semula imej serta digunakan untuk berkomunikasi.
Fungsi – fungsi Teknologi maklumat dan komunikasi
o   ICT dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.
o   Guru-guru dapat memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit dan perisian-perisian aplikasi komputer.
o   Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap.
o   Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan.
o   Aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan.
Peranan Teknologi Maklumat
·         -Membuka minda supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung.
·         -Menjimatkan waktu, tenaga kerana maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi penerimanya.
·         -Menjamin kehidupan yang lebih selesa.
Komponen Teknologi Maklumat
v  Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini.
v  Komponen-Teknologi, Organisasi dan Pengguna.
Teknologi Maklumat pada masa kini
Ø  Diperluas untuk merangkumi pelbagai aspek pengkomputeran dan teknologi.
Ø  Pengurusan data, pengurusan sistem, perangkaian computer, perekaan bentuk perisian, perekaan bentuk sistem pangkalan data serta MIS.
Kebaikan dan Keburukan Teknologi Perhubungan Maklumat (ICT)
Kebaikan :
ü  Iklan terbaharu dalan blog abuaslam ialah iklan ‘My Egg Service’ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai membaharui cukai jalan kenderaan secara ‘internet online’.
ü  Agensi kerajaan memanfaatkan teknologi ICT misalnya LHDN yang menggunakan sistem E-Filing-menjimatkan masa dan kertas dalam urusan pembayaran cukai pendapatan.
ü  Bagi industry perbankan, Maybank Berhad menawarkan sistem online dalam jenama maybank2u untuk memudahkan urusan pemindahan wang dan pembayaran bil.
Keburukan :
Ø  Peluang pekerjaan sebagai ajen insuran kenderaan dan pekerja di kaunter bank dan tiket berkurangan dan menambahkan kadar pengganguran dalam negara.
Ø  ICT disalahgunakann terutamanya medium internet menyebabkan semua lapisan masyarakat termasuk remaja dan kanak-kanak terdedah kepada bahan lucah/porno.
Ø  Gejala sosial seperti seks bebas dan rogol dan ditambahkan.
Isu-isu Kesantunan berbahasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
§  Penggunaan kata-kata sapaan atau kata-kata panggilan yang kasar yang dikatakan kurang sopan kini telah menjadi kebiasaan pengguna IT.
§  Kata gandi nama yang halus dan bersopan wajar dipratikkan dalam perbualan seharian sama ada dalam alam maya atau realiti.
§  Percampuran antara bahasa Malaysia dan Inggeris menjejaskan pemartabatan bahasa di peringkat nasional atau internasional.
§  Kita sebagai bangsa yang bertamadun mempunyai jati diri sendiri dalam aspek penggunaan bahasa supaya disanjung oleh pihak lain yang turut menyukai bahasa kita.
§  Para remaja tidak menghormati orang tua dengan tidak memanggil orang tua dengan gelarannya.
§  Generasi ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk berkomunikasi.
Contoh-contoh Alat ICT yang disalahgunakan pada Zaman ini yang menjejaskan kesantunan.
1. Jenayah siber
·         Merujuk kepada aktiviti jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi internet.
·         Pengguna internet melakukan jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer.
2. Penggodam maklumat
·         Penggodam dan pengganas siber yang bersikap sesuka hati memusnahkan data dan mengubah sistem komputer.
·         Mereka menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing.
3. Bahan-bahan pornografi
o   Amalan menonton video lucah dalam kalangan belia didorongi oleh filem-filem dan program-program televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotic.
4. Kewujudan budaya plagiarism
·         Golongan belia menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet.
·         Menjejaskan amalan kesantunan dan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri.
·         Mempengaruhi budaya ilmu dalam kalangan belia.
·         Menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.
Langkah-langkah mengatasi isu kesantunan berbahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi
A.    Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa yang betul semasa berinteraksi dalam media sosial.
B.    Pihak sekolah hendaklah menekankan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK.
C.   Kerajaan hendaklah sentiasa mengadakan kempen untuk menyedarkan masyarakat menggunakan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK.
D.   DBP hendaklah mengeluarkan garis panduan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK.
6.5 Isu-isu tambahan
1.    Isu sikap ibu bapa dan masyarakat
2.    Ustaz Biar Suami merogol anak didakwa.
3.    Ibu bapa bunuh anak sendiri, gagal bunuh diri
4.    Ibu pelajar tampar guru
5.    Isu pertembungan budaya
Isu-isu yang dipengaruhi
·       -  Cara percakapan-bahasa barat bercampur ke dalam bahasa kita.
·        - Hedonisma-merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup.
·      -   Fesyen Barat-meniru fesyen barat terutamanya dari segi pemakaian menjadi ikutan masyarakat Malaysia dewasa ini.
·       -  Makanan dan Minuman Barat-menenggelamkan makanan tradisi masyarakat.
·       -  Pergaulan bebas-terpengaruh dengan cerita-cerita dari Hollywood.
·         Judi dan Arak-pengaruh budaya barat yang dapat menghancurkan sesuatu bangsa secara tidak disedari.
Rumusan
§  -Pengaruh budaya Barat menyebabkan keruntuhan akhlak seseorang dan masyarakat.
§ - Semakin ramai golongan pemuda hari ini mengejar gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat.
§  -Kesan intelektual Barat ini telah menyerapkan sifat negatif dalam kalangan generasi muda kini.