Thursday, September 10, 2015

Bab 3: BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

Bab 3: BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN


3.1 Pendahuluan
Kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa melalui lisan/tulisan.
Terdapat 4 jenis bentuk dan jenis kesantunan:

  • ·         Kesantunan verbal
  • ·         Kesantunan Nonverbal
  • ·         Kesantunan Lisan
  • ·         Kesantunan Penulisan

3.2 Kesantunan Verbal
Kesantunan ialah penggunaan bahasa yang baik,sopan dan beradab yang dapat menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman berbicara. (Awang Sariyan, 2007)

Verbal merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud lisan. Lisan ialah sesuatu yang diucapkan dengan tidak bertulis(Kamus Dewan, 1984)

Contoh:

  • ·         Bercakap dengan orang lain
  • ·         Bergurau senda dengan rakan-rakan
  • ·         Bertanyakan sesuatu
  • ·         Komunikasi melalui media massa
o   Radio
o   Televisyen
o   Internet
  • ·          Pengucapan awam
  • ·         Ceramah


Aspek-aspek kesantunan verbal

Penggunaan kosa kata dan ganti nama dalam bahasa melayu diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

Contoh-contoh gelaran:
·         Pak cik : untuk orang lalaki yang sebaya dengan ayah sendiri
·         Mak cik : untuk orang perempuan yang sebaya dengan emak sendiri
·         Tok : untuk orang lelaki atau perempuan yang sebaya dengan datuk atau nenek sendiri.
·         Abang : untuk orang lelaki yang tidak setua ayah dan tidak semuda sendiri.
·         Kakak : untuk orang perempuan yang tidak setua emak dan tidak semuda sendiri.
·         Adik : untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri.

Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:
a     Panggilan kekeluargaan pertalian darah
·         Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang
a)      Gabungan nama kekeluargaan asas
·         Bang, Kak, Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah
c)       Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
·         Abang Ipar, Kak Ipar, Adik Ipar, Pak Mentua, Mak Mentua, Tok Mentua

Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
·         Tuan, Encik, Cik, Puan, Saudara, Saudari

Kata Panggilan Dalam Majlis Rasmi
Orang yang disapa
Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha ulia Seri Paduka Baginda
Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewab Undangan Negeri
Yang Berhormat
Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara
Yang Amat Setia

3.3 Komunikasi Nonverbal
Komunikasi nonverbal merupakan komunikasi tanpa kata-kata ataupun bahasa badan/tubuh.
Bahasa badan/tubuh merangkumi perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-geri, rupa muka, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap. (Abudullah Hassan dan Ainon Mohd., 1999)

Fungsi Komunikasi Nonverbal

a)      Mengulang kembali apa yang disampaikan secara verbal
b)      Menggantikan verbal dengan simbol atau lambang
c)       Menolak sebuah pesan verbal dengan penggunaan pesan nonverbal
d)      Melengkapi bahasa bukan verbal
e)      Menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal

Aspek-aspek Kesantunan Nonverbal

a)      Gerakan Anggota Badan
·         Gerakan badan boleh menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
b)      Gerakan Mata
·         Tidak berminat : Mata bergerak ke sana ke mari
·         Mempunyai minat tetapi tidak percaya: Mata dan dahi berkerut
·         Malu/tidak tenteram perasaannya: Tidak memandang mata
c)       Gerakan Tangan
·         Maksud sejagat yang difahami: jari telunjuk di depan mulut – tolong senyap
·         Gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan bertujuan membantu dan mengukuhkan ucapannya.
d)      Mimik Muka
·         Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
·         Perasaan sebenar seseorang dapat dikesan dengan mengamati air mukanya.

3.4 Kesantunan Lisan
Komunikasi lisan/verbal merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual.
Contoh:
  • ·         Perbualan wawancara
  • ·         Ucapan
  • ·         Pengacara majlis
  • ·         Mesyuarat

Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan pengunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus serta pengunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.

Aspek-aspek yang perlu diambil perhatian dari segi bahasa:
  • ·         Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
  • ·         Suara dan intonasi yang sopan
  • ·         Pemilihan kata yang sopan dan halus
  • ·         Gaya bahasa yang sesuai
  • ·         Isu perbincangan yang tidak sensitif
Aspek-aspek yang perlu diambil perhatian dari segi bahasa tubuh badan:
  • ·         Gaya percakapan yang sopan
  • ·         Pandangan mata yang sesuai
  • ·         Mimik muka yang positif
  • ·         Imej diri
Pengunaan kata ganti diri dan kata penggilan hormat serta pangkat haruslah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. Kata ganti diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri sendiri seseorang.

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri
Bahasa Santun
Bahasa Kasar
Pertama
Saya, kami
Aku
Kedua
Anda, awak
Engkau, kamu
Ketiga
Dia, beliau, mereka
Keparat itu

3.5 Kesantunan Penulisan

Penyampai melalui komunikasi bertulis perlu berfikir secara serius sebelum melahirkan sesuatu kerana penerima mesej tidak boleh bertanya secara langsung kepada penyampai. Selain itu, mesej yang ditulis juga tidak boleh diubah sesuka hati.
Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:
  • ·         Surat rasmi
  • ·         Laporan
  • ·         Kertas Kerja
  • ·         Pidato
  • ·         Minit Mesyuarat
Bentuk komunikasi bertulis secara tidak formal ialah:
  • ·         Penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga dan lain-lain.
Aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian dalam bentuk komunikasi bertulis:
  • ·         Penggunaan kata penggilan
  • ·         Kata sapaan
  • ·         Gaya bahasa
  • ·         Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
  • ·         Isi yang tidak sensitif



1 comment:

  1. Harrah's Casino Lake Tahoe - MapyRO
    Harrah's 평택 출장안마 Lake 이천 출장마사지 Tahoe 속초 출장마사지 - 안산 출장마사지 MapyRO customers 진주 출장안마 reviews, photos and map of Harrah's Casino Lake Tahoe in Stateline.

    ReplyDelete