Sunday, August 30, 2015

Bab 1 : KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Bab 1 : KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA
1.1  Pengertian Budi
Perkataan budi berasal daripada Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia. ( Teuku Iskandar, 1970  - Merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan memberi kebaikan kepada orang lain.
- Budi ialah akal dan kebijaksanaan, perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan dan  sebagainya. ( Kamus Dewan, 2005 )
- Budi ialah kebaikan dan kebijaksanaan yang dilakukan oleh seseorang individu atau        kumpulan terhadap individu atau kumpulan lain.
Pandangan Islam
·         -Budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.
·        - Berakhlak mulia dipupuk sejak seseorang itu masih kecil hinggalah dewasa.
·         -Budi pekerti berasaskan kepada pertimbangan akal, hawa, nafsu dan marah. ( Imam Al-Ghazali, 2002 )
·         -Budi lahir daripada pertimbangan akal yang baik, seterusnya akan menjelmakan tabiat, akhlak atau watak yang terpuji.
·        - Budi apabila ditambah dengan awal ‘ber’ menjadi berbudi atau ‘man’ di akhirnya menjadi budiman bermaksud seseorang yang mempunyai budi bahasa, adab sopan, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan yang paling penting banyak menabur jasa dan bakti. ( Mustafa Haji Daud, 1995 )
Pandangan Masyarakat Melayu
·         Budi ialah :
  •   Jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.
  •   Satu sifat atau perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.
  •   Satu elemen wajid untuk menjadi insan yang sempurna pada mata masyarakat.
  •   Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.
Kesimpulan
·         Budi  ialah tingkah laku individu yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana.
·         Budi yang baik melahirkan bicara yang santun dan halus yang menggambarkan ketinggian akal fikiran dan kebijaksanaan yang tinggi.
1.2  Pengertian Bahasa
·         Bahasa ialah :
  •   Sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok masyarakat.
  •   Satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat. ( Ferdinand de Saussure, 1960 )
  •   Mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan terbatas yang terbentuk daripada fonem. ( Noam Chomsky, 1957 )
  •   Bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. ( Asmah Hj. Omar, 1986 )
  •   Alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya. ( Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam, 1985 )
  •   Data yang dianalisis dalam linguistik. ( Lutfi Abas, 1985)
  •   Suatu sistem symbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia.
·         Ciri-ciri bahasa :
a)    Sistematik
b)    Arbitrari
c)    Vokal
d)    Simbol
e)    Alat berkomunikasi
f)     Dinamis

1.3  Pengertian Budi Bahasa
·       -  Budi - kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu.
·        - Bahasa – Sistem lambang bunyi suara yang digunakan dalam perhubungan.
·       -  Budi bahasa merujuk kepada sifat seseorang individu.
·        - Budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. ( Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP )
·         -Berbudi bahasa membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi.
·        - Dalam Islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia.
·         -Budi bahasa mecerminkan budaya yang indah yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat.
·        - Nilai berbudi bahasa mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama Buddha.
·        - Dalam agama Hindu, nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan sangat dititikberatkan bagi mewujudkan perpaduan yang erat.
-Kesimpulan
·         -Sifat berbudi bahasa menggambarkan identiti dan perabadan kita sebagai rakyat Malaysia yang bersifat ketimuran.
1.4 Ciri-ciri Budi Bahasa
-Pengenalan
·         -Tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
·        - Seseorang yang berbudi bahasa mempunyai sifat ikhlas, jujur, benar, merendah diri, pemurah, suka menolong, berjasa, dan berbakti. ( Mustafa Hj Daud, 1995 )
·        - Budi bahasa bukan sekadar pertuturan malah melibatkan tingkah laku.
·        - Masyarakat Melayu yang berpegang kuat pada adat resam dan agama menjelmakan sifat  berbudi bahasa.
·         - Amalan berbudi bahasa akan menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain.
·          Rasulullah S.A.W menganjurkan supaya seseorang yang beriman selalu menguasai  lisannya ( lidahnya ) dan membiasakan supaya berdiam diri jika lebih baik berfaedah.
5 Ciri Budi Bahasa
  •       Pemaaf
  •       Bersifat sabar
  •       Bersikap positif
  •       Memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi
  •       Bersopan santun atau tertib

Kesimpulannya
·         -Orang yang berbudi bahasa memiliki akhlak yang sangat mulia yang terpancar melalui tutur kata yang halus, tingkah laku yang santun, pemikiran yang luhur, perasaan yang tenang, gerak laku yang tertib dan hari yang mulia.
1.5 Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
1.    Budi Bahasa Dalam Masyarakat Melayu
Ø  Nilai budi bahasa dipandang tinggi dan dipupuk kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Ø  Islam merangkumi aqidah dan syariat mengandungi roh akhlak.
Ø  Akhlak - tabiat, kelakuan, perangai, tingkah laku, adat kebiasaan.
Contoh nilai-nilai budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Melayu :
a)    Bercakap dengan lembut dan halus
b)    Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
c)    Memberi salam apabila bertemu
d)    Makan menggunakan tangan
e)    Bersabar
2. Budi Bahasa Dalam Masyarakat Cina
Ø  Ajaran Konfusius menitik beratkan budi yang luhur kepada penganutnya.
Ø  Confusius menitikberatkan pengamalan kebaikan iaitu :
                      I.        Budi bahasa
                    II.        Kemurahan hati
                   III.        Kerajinan
                  IV.        Sifat baik
Contoh nilai-nilai budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Cina :
a)    Makan menggunakan penyepit
b)    Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
c)    Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan
d)    Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
e)    Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak
3. Budi Bahasa Dalam Masyarakat India 
  Ajaran agama Hindu mementingkan budi bahasa yang mulia dalam kalangan penganutn.
Contoh nilai-nilai budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat lndia :
a)    Duduk ketika makan dan menggunakan tangan
b)    Sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur
c)    Tidak bising ketika sembahyang
d)    Sentiasa menolong orang susah
e)    Membuka kasut ketika memasuki kuil