Wednesday, September 2, 2015

Bab 2 : KESANTUNAN BERBAHASA

Bab  2 : KESANTUNAN BERBAHASA

2.1 Konsep Kesantunan
Menurut Kamus Dewan (1984), hal, 1115, kesantunan bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.
Menurut Awang Sariyan (2007), definisi kesantunan ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
Aspek-aspek konsep kesantunan :
a. kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus.
b. kesantunan sangat kontekstual.
c. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak.
d. kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan.

2.2 Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-tokoh Dunia
  •  Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
  •  Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
  •  Faktor strategi kesantunan :
  •  kesedaran akan peranan masing-masing
  •  pengetahuan tentang perbezaan taraf social
  •  kuasa
  •  keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka
  •  Kesantunan dibahagikan kepada dua jenis :
a) Kesantunan asas - kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
b) Kesantunan berkala - Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu.
  •  Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
  •  Kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. ( J. Ferguson dan Das Gupta, 1968)
  •  Menurut Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  •  Menurut Aristotle, ketinggian darjat seseorang diukur melalui akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
  •  Kesantunan merujuk kepada aspek non-verbal seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara.
  •  Kesantunan ialah perlakuan yang sopan dan berbudi bahasa semasa berkomunikasi bagi menghormati individu lain.
  •  Kesantunan berbahasa menitikberatkan penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
  •  Kesantunan merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada secara lahiriah atau batiniah.
  •  Awang Sariyan (2007) mengatakan bahawa kesantunan bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang tertentu.
  •  Jenis peraturan bahasa :
I. peraturan linguistik
II. peraturan sosiolinguistik
III. peraturan pragmatic

2.3 Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan
  •  Kesantunan melibatkan perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi dan merupakan usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik..
  •  Dalam hikayat sastera klasik, terdapat beberapa peristiwa peperangan, pergaduhan, pembunuhan, dan amuk yang berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan.
  •  Maruah dan harga diri seseorang perlu dijaga dengan berpegang kuat kepada konsep malu yang mungkin berpunca daripada penggunaan bahasa.
  •  Orang Melayu memberatka penggunaan lidah kerana lidahlah yang membentuk kata-kata. Lidah lebih tajam daripada pedang.
  •  Kata-kata menggambarkan hati. Hati yang baik akan mengucapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.

2.4 Kesantunan Merentas Budayai
1) Budaya atau kebudayaan yang berasl daripada perkataan Sanskrit iaitu buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal.
2) Edward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilimu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia  sebagai anggota masyarakat.
3) Kamus Dewan Bahasa (2002), mendefinisikan budaya sebagai tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir, kelakuan dan lain-lain).
4) Kebudayaan merangkumi cara hidup bermasyarakat yang merangkumi aspek kesantunan dalam berkomunikasi sama ada secara verbal ataupun nonverbal.
5) Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial.

Komunikasi SIlang Budaya
1) Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang sebagai.
2) Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.
3) Komunikasi siang budaya dipengaruhi oleh pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, etika serta tanggapan terhadap sesuatu hubungan.
4) Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham.

1.Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Melayu
a) Berpegang kuat pada adat resam dan budaya.
b) Memberi salam apabila bersua muka.
c) Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
d) Penggunaan kata sapaan yang sesuai mengikut konteks.
e) Penggunaan kataan gelaran yang sesuai mengikut konteks.

2. Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Cina
a) Tunduk ketika memberi salam.
b) Orang tua makan dahulu
c) Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu
d) Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi
e) Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah

3. Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat India
a) Duduk bersila semasa makan.
b) Tidak membazirkan makanan.
c) Senyap semasa bersembahyang.
d) Menanggalkan kasut sebelum masuk ke kuil.
e) Mematuhi adat dan resam

Kesantunan Merentas Budaya Dalam Pendidikan
a) Kesantunan berpakaian
Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang pelajar.
b) Kesantunan tingkah laku
Gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu.
Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik.
c) Kesantunan Berkomunikasi
Semasa berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya  sekadar menyampaikan idea dan fikiran sahaja.

No comments:

Post a Comment